Penerjun melakukan aksi terjunan dari pesawat ketika menyertai Kejohanan Payung Terjun Tertutup Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2018 ‘Pahang Parachute Challenge’ yang berakhir baru-baru ini. Kejohanan yang bermula dari 21 hingga 30 September lalu disertai seramai 176 penerjun mengambil bahagian iaitu daripada ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM40,000.










