FILEM-FILEM Hindi sentiasa mencipta fenomena. Sekitar era 70-an, naskhah-naskhah seperti Bobby, Aa Gale Lag Jaa, Sangam dan Yaadon Ki Baarat membuatkan sebilangan besar penggemar filem Bollywood khayal dalam latar cerita mereka. Bahkan, era berkenaan tercatat dalam sejarah sebagai zaman kegemilangan filem Hindi. Apresiasi masyarakat dunia terhadap filem Hindi (Hindustan) terutama orang Melayu terlalu tinggi sehinggakan nama-nama besar dalam gelanggang perfileman Bollywood seperti Amitabh Bachchan, Dharmendra, Zeenat Aman, Rishi dan Shashi…










