KUALA TERENGGANU – Pengusaha batik terkenal, Noor Arfa Holdings Sdn. Bhd. (Noor Arfa) menyasar jualan sehingga 100,000 helai kain sarung Seri Terengganu atau lebih dikenali sebagai batik pastel menjelang akhir tahun ini. Pengarah Urusannya, Wan Mohd. Hafiz Wan Mohd. Ariffin berkata, kain yang diperkenalkan sejak awal tahun ini mendapat sambutan luar biasa daripada peminat batik, terutamanya golongan muda. Menurutnya, dari Januari sehingga Oktober lalu, syarikat mencatatkan jualan lebih 80,000 helai batik pastel berkenaan. “Setakat ini kami telah mengeluarkan sebanyak 20 rekaan batik pastel bermotif sinaran dengan bercirikan bunga-bungaan dan abstrak.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya