Nestle Malaysia lantik CEO baharu - Utusan Malaysia

Nestle Malaysia lantik CEO baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Nestle (Malaysia) Bhd. telah melantik Juan Aranols sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya bagi menggantikan Alois Hofbauer, berkuat kuasa 1 Dis 2018.

JUAN ARANOLS
JUAN ARANOLS 

Juan merupakan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Nestle untuk Zon Asia, Oceania dan Sahara Afrika, kata Nestle Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Sepanjang 28 tahun bersama Kumpulan Nestle, Juantelah memegang beberapa peranan dengan tanggungjawab yang besar merentasi beberapa pasaran berbeza di Eropah dan Amerika Latin.

Pengeluar makanan dan minuman itu berkata, Alois, telah berkhidmat sebagai CEO Nestle Malaysia untuk selama lima setengah tahun, telah membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan bagi mengejar kepentingan lain di luar syarikat.

Alois Hofbauer
ALOIS HOFBAUER

“Saya berasa bangga bahawa pasukan saya telah membangunkan Nestle Malaysia sebagai salah satu daripada syarikat yang memiliki prestasi terbaik di Bursa Malaysia. Kami merangsang pertumbuhan dan mencapai keputusan yang kukuh tahun demi tahun.

“Saya yakin bahawa pencapaian ini akan diteruskan, dan saya mendoakan kejayaan untuk Juan dalam peranan baharunya,” kata Hofbauer. – – BERNAMA 

 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN