MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijangka bertemu dengan Pengarah Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) merangkap jurulatih skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Lim Teong Kim dalam tempoh terdekat. Difahamkan, pertemuan tersebut bagi membincangkan tentang isu kontrak dan masa depan jurulatih itu ekoran kegagalan skuad B-16 negara merebut slot Piala Dunia B-17 2019 di Peru baru-baru ini. “Kementerian sudah sampaikan hasrat untuk berjumpa Teong Kim…










