DIet vegan cukup sinonim dengan sayur-sayuran dan tumbuhan hijau segar. Biarpun istilah itu diguna pakai secara meluas sejak kebelakangan ini, rekod vegetarian terawal dicatatkan ialah pada abad ketujuh Sebelum Masihi lagi semasa Tamadun Lembah Indus. Sejak itu, gerakan vegetarian atau vegetarianisme perlahan-lahan menular ke seluruh pelosok dunia termasuk Britain. Pada tahun 2016, angka golongan vegan di Britain hanyalah sekitar 540,000 orang sahaja. Bagaimanapun, laporan tinjauan comparethemarket.com baru-baru ini mendedahkan, terdapat…










