KUALA LUMPUR 11 Okt.- Program MyPapaCare yang melatih pengamal terapi lelaki menceburi bidang keusahawanan urutan dilihat mampu menjana pendapatan sehingga RM3,000 sebulan. Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah berkata, jumlah pendapatan tersebut adalah selaras dengan salah satu janji kerajaan iaitu meningkatkan pendapatan rakyat yang terbanyak. Katanya, kejayaan program itu juga dibantu dengan permintaan yang tinggi daripada masyarakat terutamanya dalam memberi khidmat urutan untuk lelaki…










