PORT DICKSON – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi sokongan padu kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson esok. Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau menguatkan dirinya untuk turun berkempen di Port Dickson malam tadi walaupun masih belum sihat sepenuhnya selepas menjalani pembedahan di Singapura, Julai lalu. “Saya hampir tiga bulan tidak berucap…










