MANCHESTER 6 Okt. – Manchester United akan terus berada di samping Jose Mourinho buat masa sekarang, pada ketika pengurus itu sedang bertarung bagi menyelamatkan kariernya di Old Trafford. Laporan media Britain mendakwa, bahawa Mourinho akan dipecat pada hujung minggu walau apa juga keputusan yang dicatat di Newcastle dalam perlawanan yang berlangsung, malam ini (waktu Malaysia). Namun, berdasarkan sumber dalaman kelab, United menafikan sekeras-kerasnya yang mereka akan memecat pengurus tersebut, malah…










