Misi halang Anwar jadi PM - Utusan Malaysia

Misi halang Anwar jadi PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mahu menghalang bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat dan sete­rusnya menjadi Perdana Menteri (PM).

Katanya, dia tidak yakin bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mampu mentadbir negara dengan baik.

“Penyertaan saya bukan mengenai dendam atau isu peribadi semasa saya dengan Anwar dan perkara itu saya anggap sudah berlalu… sudah 10 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sudah berjanji, saya tidak mahu serang peribadi tetapi secara peribadi saya kenal siapa dia (Anwar). Saya tak yakin dia dapat mentadbir negara ini dengan baik dan PRK ini telah menggunakan wang rakyat semata-mata untuk mengangkat agenda peribadi beliau,” katanya kepada Bernama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini