Misi besar 
TFC I di Larkin - Utusan Malaysia

Misi besar 
TFC I di Larkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SKUAD Terengganu Football Club I (TFC I) enggan berputih mata pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2018 menentang kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman lawan, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, Sabtu ini.

Berbekalkan satu jaringan dan reputasi tidak pernah kecundang di gelanggang lawan sepanjang saingan Piala Malaysia kali ini, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim berharap, rekod bersih itu menjadi magis kepada anak-anak buahnya untuk mengecewakan skuad Harimau Selatan di laman sendiri.

“Kami mempunyai motivasi tertinggi untuk mengulangi pencapaian mara ke final Piala Malaysia yang kali terakhir dilakukan pada tahun 2011.

“Bukannya mahu menidakkan reputasi JDT sebagai pasukan yang gah di negara ini tetapi kami berkeyakinan bukan mustahil mereka mampu dijinakkan di laman sendiri,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Nerus semalam.

Pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia pada 6 Oktober lalu, skuad Penyu mencipta kejutan apabila menewaskan JDT 1-0 hasil jaringan penyerang gantian, Abdul Malik Mat Ariff.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN