Maybank Islamic terima anugerah - Utusan Malaysia

Maybank Islamic terima anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Institusi perbankan Islam terbesar di Malaysia dan ASEAN dari segi jumlah aset, Maybank Islamic Berhad menerima anugerah Institusi Kewangan Islam Global Terbaik pada Anugerah Global Finance 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, anugerah itu me­rupakan pengiktirafan ke­dua setelah memenangi kategori global terbaik pada tahun lalu.

Kata beliau, Maybank Islamic turut diiktiraf sebagai Bank Sukuk Global Terbaik, Penyedia Terbaik Pelaburan Jangka Pendek Patuh Syariah dan Institusi Kewangan Islam Terbaik di Asia Pasifik, Malaysia dan Singapura.

Anugerah disampaikan oleh Pengarah Urusan Global Finance untuk Eropah dan Asia, Richard Scholtz.

“Kejayaan ini merupakan satu lagi pengiktirafan terhadap komitmen dan keupayaan yang ditunjukkan oleh Kumpulan Maybank dan Maybank Islamic dalam mengejar aspirasi kepimpinan perbankan Islam di peringkat dunia.

“Kejayaan kali kedua ini pasti mendorong kami untuk meningkatkan mutu per­khidmatan kepada pelanggan di samping meneruskan sumbangan kepada komuniti dan industri perbankan Islam,” katanya di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN