BERMULA dengan perkongsian pengurusan perniagaan makanan dengan rakannya sejak beberapa tahun lalu, langkah usahawan muda, Muhammad Aiman Loh, 26, dalam bidang jualan makanan halal semakin panjang. Sejak setahun lalu, beliau telah mengorak langkah baharu dengan membuka Restoran Chinese Muslim Abdullah di Medan Meru Bestari, Meru di Ipoh, Perak yang menghidangkan masakan kantonis yang halal. Menurut Muhammad Aiman, restoran tersebut menghidangkan lebih 100 masakan berkonsepkan kantonis yang merupakan hidangan tradisi keluarganya.…










