SIKAPNYA yang naif dan lemah lembut membuatkan dirinya menjadi mangsa insan yang bertopengkan ‘syaitan’ dan tidak berperikemanusiaan. Akibat dirogol dan tidak sanggup lagi hidupnya terus teraniaya, si gadis manis bernama Suri mengambil keputusan untuk membunuh diri. Ia bukan realiti, sebaliknya satu karakter yang dizahirkan pelakon cantik, Marsha menerusi sebuah filem yang ‘diperam’ selama lima tahun dek mengalami masalah teknikal iaitu Tujuh yang bakal menemui penonton bermula 8 November ini. Bersua bicara, Marsha ligat bercerita mengenai naskhah karya pengarah terkenal, Raja Mukhriz Raja Ahmed Kamaruddin termasuk sedikit kegusarannya mengenai penerimaan penonton…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya