Mansuh hukuman mati: AADK mahu hukuman setimpal untuk kesalahan dadah - Utusan Malaysia

Mansuh hukuman mati: AADK mahu hukuman setimpal untuk kesalahan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mahu kerajaan memperkenalkan hukuman setimpal bagi kesalahan berkaitan dadah sekiranya hukuman mati dimansuhkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, hukuman sedemikian perlu sebagai satu bentuk pencegahan kepada masyarakat.

“Hukuman tertentu perlu ada sebagai alat untuk menyedarkan orang ramai supaya tidak melakukan kesalahan (khususnya pengedaran dadah) atau mereka harus menanggung risiko atas kesalahan yang dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas Simposium Pemerkasaan Integriti di Ibu Pejabat AADK hari ini.  

Beliau mengulas cadangan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati dan menggantikannya dengan penjara seumur hidup.

Pada masa ini, hukuman mati mandatori diperuntukan antaranya untuk kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN