KUALA LUMPUR 30 Sept. – Malaysia jelas bukan tandingan buat Thailand apabila kecundang 2-0 dalam perlawanan akhir acara berpasukan Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thailand Ke-33, 2018 di Pusat Beli-belah Terminal 21, Korat hari ini. Said Ezwan Said De (tekong), Fadzil Mustapa (perejam) dan Azwan Muhrim (pengumpan) membuka langkah longlai regu pertama negara setelah tewas 12-21, 17-21 kepada Kritsanapong Nonthakote, Anuwat Chaichana dan Assadin Wongyota. Regu kedua turut senasib…