SUATU ketika dahulu, penagihan najis dadah banyak dikaitkan dengan anak-anak kampung dan Felda. Itu mungkin cerita 10 atau 20 tahun lalu. Ketika itu, isu dadah sentiasa panas di kedua-dua kawasan tersebut. Kini tidak lagi. Penagihan dadah semakin ‘berkembang’ pesat sehingga menembusi pagar rumah golongan profesional. Anak remaja daripada keluarga pertengahan seperti jurutera, guru, pengarah dan ahli perniagaan kini semakin banyak terjebak. Maklumat yang diperoleh daripada Seminar Kebangsaan Pencegahan Dadah Ke-12 2018 yang diadakan di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini amat mengejutkan. Apa yang mendorong anak-anak yang ‘cukup’ makan dan pakai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya