Majikan kini tidak mahu lagi pekerja asing - Utusan Malaysia

Majikan kini tidak mahu lagi pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Okt. –  Jabatan  Tenaga Pekerja (JTK) meminta Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), menganjurkan pameran kerjaya bagi mengatasi keperluan mendesak 300 agensi pekerjaan swasta untuk mendapatkan pekerja tempatan.

Pengarah JTK Wilayah Persekutuan Mohd. Asri Abdul Wahab berkata, pihaknya sedia berkerjasama dengan Papa bagi menjayakan pameran tersebut yang pertama kali diadakan bagi melibatkan agensi pekerjaan swasta yang kini mahukan pekerja tempatan bagi mengisi peluang-peluang pekerjaan yang ada di negara ini.

“Saya mengalu-alukan para majikan pada hari ini yang kembali beralih untuk mendapatkan pekerja tempatan berbanding pekerja asing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kerana mereka menyedari bahawa mendapatkan pekerja asing untuk bekerja di negara ini adalah sukar, kos yang sangat tinggi dan terdedah kepada pelbagai risiko.

“Tetapi masalahnya majikan terutama di sektor perladangan, perkilangan, pembinaan, perkhidmatan sehinggalah pembantu rumah sukar mendapatkan pekerja tempatan kecuali terpaksa meminta bantuan agensi pekerjaan swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sesi Dialog “Bagaimana Untuk Menempatkan Pekerja Tempatan di Sektor Pekerjaan Di Malaysia” anjuran Papa di sini, hari ini.

Yang turut hadir Presiden Papa, Datuk Foo Yong Hooi dan Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap), Aizan Lana.

Lebih dari 100 wakil dari agensi pekerjaan swasta hadir di majlis dialog ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini