SHAH ALAM 9 Okt. – Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Proton Holdings Berhad (Proton) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk mengoptimumkan perkongsian sumber dalam membangunkan pembekal bahagian dan komponen kenderaan Proton bagi mencapai standard global. Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari berkata, kerjasama itu melibatkan pelbagai sumber daripada kedua-dua belah pihak untuk memaksimumkan penggunaan infrastruktur pembangunan automotif sedia ada. Menurut beliau, perkongsian tersebut melibatkan bidang aplikasi rekaan termaju, simulasi proses digital dan teknologi pengesahan yang ditambah baik. “Selain itu, para pembekal juga boleh mengoptimumkan pembangunan modal insan, perniagaan dan pembangunan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya