Liwat remaja bawah umur, pekerja kedai makan mengaku tidak bersalah - Utusan Malaysia

Liwat remaja bawah umur, pekerja kedai makan mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang pekerja kedai makan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meliwat seorang remaja bawah umur di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Noreddy Mohd. Nasir, 29, dari Jerteh, Terengganu, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan hakim, Siti Aminah Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu dengan meliwat seorang remaja lelaki berumur 15 tahun dengan cara memasukkan kemaluan ke dalam dubur.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan dekat Beserah di sini pada 30 September lalu kira-kira pukul 11 pagi.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen  377A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Siti Aminah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati dan menganggu mangsa.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 14 November depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN