Lion Air ‘sembunyi’ masalah teknikal? - Utusan Malaysia

Lion Air ‘sembunyi’ masalah teknikal?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 30 Okt. – Aktres yang juga penyampai Trans TV, Conchita Caroline mendakwa terpaksa mengharungi pelbagai kesulitan semasa menaiki pesawat Lion Air, sehari sebelum pesawat JT610 terhempas di perairan Karawang semalam.

Menurut Conchita, pada malam sebelum kejadian, dia menaiki pesawat itu dari Denpasar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, namun terpaksa berdepan dengan masalah kelewatan, penumpang yang kepana­san dalam kabin sehingga sesak nafas akibat kekurangan oksigen.

Menurut laporan Tribun News yang memetik Instagram Chonchita, pengacara program Katakan Putus itu berkata, para penumpang yang menaiki pesawat penerbangan Lion Air itu perlu banyak bersabar.

“Hal demikian kerana penerbangan terpaksa ditangguhkan akibat masalah teknikal,” katanya.

Wanita itu turut bercerita tentang masalah penumpang yang muntah akibat sesak nafas ekoran kekurangan oksigen.

“Enjin pesawat beberapa kali terhenti, penyaman udara menga­lami masalah atau tidak berfungsi dengan baik. Pesawat telah berada di landasan untuk ber­lepas tetapi terpaksa dibatalkan dan kembali ke tempat letak pesawat,” katanya.

Tambah Conchita, pihak pengurusan tidak memberi penjelasan kepada para penumpang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN