KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan boleh mengambil tindakan tegas untuk menamatkan lesen pengusaha kantin sekolah atau menukar pengendali kantin sekiranya terbukti kejadian keracunan yang berlaku di sekolah berpunca kerana mereka. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, tindakan susulan hanya boleh diambil selepas menerima laporan penuh hasil siasatan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan terhadap kes berkenaan. “Laporan daripada Kementerian Kesihatan adalah penting sebelum Kementerian Pendidikan boleh memutuskan bentuk tindakan dan…










