IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semalam berkenan memasyhurkan Geopark Lembah Kinta sebagai Geopark Kebangsaan.
Turut berangkat ke majlis yang berlangsung di Taman Reakreasi Gunung Lang di sini, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.
Hadir sama Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing.
Kawasan Geopark Lembah Kinta berkeluasan 1,952 hektar merangkumi daerah Kinta dan Kampar kini diletakkan di bawah pengurusan dan pemantauan Perbadanan Taman Negeri Perak dan telah diwartakan sebagai Geopark Kebangsaan tahun lalu.
Kawasan Geopark Lembah Kinta yang kaya dengan warisan geologi, biologi, warisan dan sejarah di bawah seliaan perbadanan juga akan diperkenalkan sebagai ikon untuk destinasi ekopelancongan, pelancongan marin dan geo tourism.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










