TAIPING – Seorang pekerja swasta maut selepas kereta dipandunya melanggar belakang sebuah treler yang diparkir di tepi jalan sebelum kedua-dua kenderaan tersebut terbakar di Kilometer 218 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 1.50 petang itu, mangsa, Toh Kar How, 27, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, siasatan awal mendapati treler yang membawa muatan dedak ayam dipandu lelaki berusia 29 tahun itu diparkir di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan. Keadaan kereta jenis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya