KUALA LUMPUR 12 Okt. – Setelah hampir dua tahun menjalani hidup di sebalik tirai besi, seorang bekas penyambut tetamu hotel lima bintang akhirnya mampu tersenyum lega selepas Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan merogol seorang wanita warga Australia, empat tahun lalu. Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Roaquin Radzmund Muhamed Reduan Francis, 29, bagi mengetepikan hukuman penjara 13 tahun dan sebatan dua kali…










