PALU, Indonesia – Angka korban akibat gempa bumi kuat dan tsunami di Pulau Sulawesi melambung kepada 832 orang semalam ketika orang ramai yang masih terkejut berdepan kesukaran untuk mencari makanan dan air, manakala kecurian semakin berleluasa. Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, angka kematian muktamad mungkin mencecah ‘ribuan’ mangsa berikutan masih banyak kawasan yang belum dimasuki oleh pasukan penyelamat. “Suasana kini amat tegang,” kata seorang ibu berumur 35 tahun, Risa…










