KUALA LUMPUR 28 Okt. -Pemilihan PKR Cabang Ampang mengundang kontroversi apabila kira-kira 100 pengundi didakwa dipindahkan ke cabang lain tanpa pengetahuan mereka. Calon Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Ampang, Mohd. Kamal Ahmad mendakwa, pengundi berkenaan sepatutnya mengundi di cabang Ampang namun telah dipindahkan ke cabang Pandan. Katanya, beliau mengetahui perkara itu selepas menerima aduan daripada beberapa ahli PKR yang berdepan masalah berkenaan. “Mereka baru mengetahui perkara tersebut apabila ingin mengundi pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Selain itu, Mohd. Kamal mendakwa, terdapat nama ahli di cabang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya