KUNJUNGAN DIRAJA PERLIS - Utusan Malaysia

KUNJUNGAN DIRAJA PERLIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Pameran seni lukis ‘Art Expo Malaysia 2018’ pada hari terakhir yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil‎ pada pameran bertaraf antarabangsa yang berlangsung dari 12 hingga 14 Oktober itu.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengasas Art Expo Malaysia Datuk Vincent Sim Tiak Choo dan pengarah pameran Sim Pojinn serta Sim Polenn.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil adalah penaung diraja pameran berkenaan sejak ia dimulakan 12 tahun yang lalu.

Pameran seni lukis itu turut disertai oleh Aureo Gallery yang akan bekerjasama dengan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dalam menjayakan majlis makan malam amal ‘GOLD A-HEART’ pada 19 Oktober ini di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur bertujuan bagi mengumpul dana untuk membantu memberikan pelbagai perkhidmatan kepada golongan autisme di negeri Perlis.

Pameran berprestij yang berjaya menarik kehadiran kebih daripada 10,000 orang pengunjung tersebut turut menyerlahkan karya seni pelukis tersohor luar negara termasuk dari Colombia, Poland, Czech dan Jepun selain beberapa buah kedutaan asing di ibu negara juga tidak ketinggalan mengambil bahagian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN