KUALA LUMPUR – Kepimpinan tertinggi UMNO digesa memberikan tumpuan kepada usaha mengukuhkan gabungan blok parti pembangkang daripada memikirkan untuk menjadi kerajaan semula. Wakil UMNO Perak, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah berkata, melaungkan slogan kerajaan perpaduan atau government in waiting hanya akan menenggelamkan fokus serta meresahkan ahli akar umbi walaupun bertujuan untuk membangkitkan semangat mereka. “Saya memahami matlamat mutakhir UMNO untuk menjadi kerajaan semula dan ia tidak boleh disangkal. Namun adalah lebih…










