Kubur CEO Cradle Fund bakal digali - Utusan Malaysia

Kubur CEO Cradle Fund bakal digali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Misteri kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara dekat sini pada Jun lalu belum menemui jawapan. Dalam perkembangan terbaharu berkaitan kes tersebut, polis semalam telah mendapat perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk menggali semula kubur Nazrin pada 8 Oktober ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Se­nior Asisten Komisio­ner Fadzil Ahmat berkata, permohonan menggali semu­la kubur CEO Cradle Fund itu dibuat pegawai penyiasat kes tersebut di dalam kamar Majistret Nor Ariffin Hisham di Petaling Jaya semalam.

“Mahkamah telah menge­luarkan perintah untuk menggali semula kubur Nazrin bagi tujuan bedah siasat kali kedua yang akan dilaksanakan pada Isnin depan,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, sebelum itu, pihak polis telah menerima laporan yang dibuat oleh abang Nazrin yang membe­ritahu, beliau tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat yang dikeluarkan oleh pihak patologi Hospital Kuala Lumpur.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini