JIKA dalam tempoh empat tahun lalu, dunia hiburan menerima kejutan baharu apabila ramai wajah pelapis dalam bidang seni suara muncul dan mendominasi industri. Jeda waktu berlalu, atmosfera dunia hiburan kembali berputar apabila semakin ramai penyanyi lama yang segelintirnya dahulu pernah berehat lama daripada radar hiburan tiba-tiba muncul kembali. Menerusi kemunculan semula itu, mereka hadir dengan buah tangan baharu untuk peminat. Namun, satu hal yang menarik adalah prinsip mereka dalam terus…










