KUALA LUMPUR 25 Okt. – Kerajaan setakat ini sudah menerima 21 cadangan firma tempatan dan asing bagi projek kereta nasional ketiga berbanding 14 sebelum ini. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dr. Ong Kian Ming berkata, peningkatan itu jelas membuktikan bahawa projek kereta nasional baharu itu tidak terjejas dengan keputusan firma United Kingdom, Dyson untuk membuka sebuah kilang pengeluaran kereta elektrik baharu di Singapura. “Bagi saya, rakyat Malaysia tidak…










