KUALA LUMPUR 9 Okt. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan berhasrat memperkenalkan cukai baharu bagi menjana pendapatan tambahan negara. Selain itu, Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan juga mempertimbangkan cadangan menjual atau melepaskan beberapa aset bagi mengurangkan beban hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu. “Ini cukai yang berbeza tetapi akan mengurangkan beban rakyat. Inilah tujuannya, untuk bayar hutang negara. “Kami sedang mempertimbangkannya (jual aset), itu adalah jalan untuk dapatkan wang bagi bayar hutang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama Forum Malaysia di Era Baharu anjuran RHB, Maybank dan CIMB,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya