KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menjana hasil pendapatan negara dalam usaha membayar beban hutang yang tinggi.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, selain pengenalan cukai baharu itu, kerajaan turut mempertimbangkan untuk melepaskan aset negara seperti tanah bagi mengurangkan beban membayar hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.
“Cukai ini berbeza tetapi ia akan mengurangkan beban rakyat selain bertujuan untuk membayar hutang kerajaan,” katanya selepas menyampaikan ucaptama sempena Forum Malaysia dalam Era Baharu anjuran RHB, Maybank dan CIMB di Hotel Shangri-la di sini hari ini.
Ketika berucap pada forum berkenaan, Mahathir turut berkata, kerajaaan perlu melepaskan akses baharu bagi mendapatkan dana untuk menyelesaikan krisis hutang yang dialami negara pada ketika ini. – K! ONLINE










