Kehadiran Tun Mahathir mampu bantu lonjak sokongan kepada Anwar - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Kehadiran Tun Mahathir mampu bantu lonjak sokongan kepada Anwar – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yakin gandingan bahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir esok dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson akan mampu melonjakkan lagi sokongan kepada Ketua Umum PKR itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kehadiran Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga merupakan sesuatu yang positif kepada kempen Anwar.

“Alhamdulillah kita memang rasa bangga dan terharu kerana Mahathir sebagai Perdana Menteri selalunya tidak datang kempen Pilihan Raya Kecil namun dia pilih untuk datang ke Port Dickson untuk beri sokongan  dan kempen kepada saudara Anwar,” katanya di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir Karnival Mini Keluarga Bestari di Taman Intan Perdana, di sini.

Mahathir dijadualkan  hadir ke Port Dickson malam esok dan akan bergandingan semula dengan Anwar di atas satu pentas selepas 20 tahun. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini