Kang Haw dilantik Timbalan Ketua Polis IPD Johor Bahru Utara - Utusan Malaysia

Kang Haw dilantik Timbalan Ketua Polis IPD Johor Bahru Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 21 Okt. – Ketua Bahagian Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Deputi Superintenden Soh Kang Haw dilantik memangku jawatan Timbalan Ketua Polis IPD Johor Bahru Utara mengantikan Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

Eng Lai yang menjadi Timbalan Ketua Polis IPD Johor Bahru Utara selama enam tahun bakal ditukarkan Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti pada 1 November ini.

Terdahulu Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ke­tua Polis Daerah Johor Bahru Utara antara Kang Haw dan Eng Lai disaksikan oleh Ke­tua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad.

Sementara itu, Eng Lai ketika berucap, melahirkan rasa gembira menjadi sebahagian keluarga IPD Johor Bahru Utara berikutan mendapat kerjasama baik daripada rakan-rakan pasukan di semua peringkat.

Sementara itu, Mohd. Taib memuji Eng Lai yang selama ini berjaya memikul tugasnya dengan bertanggungjawab dan berwibawa selain yakin dalam setiap amanah yang diberikan kepadanya.

“Eng Lai sentiasa komi­ted dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya termasuk dalam aspek pencegahan jenayah melalui Unit Kereta Peronda (MPV).

“Beliau juga sentiasa dekat dengan komuniti setempat khususnya di kawasan khususnya komuniti Cina dan berjaya mengukuhkan hubungan polis dengan orang ramai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN