Kanak-kanak Serebral Palsi sertai duathlon beri inspirasi kepada orang lain - Utusan Malaysia

Kanak-kanak Serebral Palsi sertai duathlon beri inspirasi kepada orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak perempuan yang mengidap Serebral Palsi, Nur Wadihan Wira Sudepja, 10, sekali lagi membuktikan kecekalannya apabila berjaya menamatkan acara Malaysia International Duathlon 2018 kategori Mighty Stars bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berlangsung di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Nur Wadihan, 10, dibantu bapanya, Wira Sudepja Rabu, 43, yang menolak kerusi roda tiga dinaikinya turut menjadi inspirasi kepada keluarga lain yang mempunyai anak OKU untuk turut sama melakukan sesuatu berbeza dan mencabar seperti menyertai acara duathlon.

Kanak-kanak istimewa itu sebelum ini berjaya mendapat pengtiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai kanak-kanak perempuan Serebral Palsi pertama menyertai kejohanan duathlon di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai, Perak pada 26 Ogos lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wira Sudepja memberitahu, acara duathlon kategori Mighty Stars dengan jarak 500 meter larian, 2.4 kilometer (km) berbasikal dan 500 meter larian itu dianjurkan khas oleh pihak penganjur yang jaraknya adalah mesra OKU.

“Saya bersama anak menyertai cara duathlon kali ini khas sempena meraikan Sambutan Hari Selebral Palsi Sedunia yang jatuh pada 6 Oktober 2018.

“Sebelum ini, tidak ada pesakit Selebral Palsi yang terlantar memasuki acara duathlon, tetapi kami sekeluarga yang telah menyertai lebih 100 acara duathlon bersama Nur Wadihan mahu memberi semangat dan inspirasi kepada orang lain,” katanya di sini hari ini.

Menurut Wira Sudepja, walaupun kebanyakan peserta OKU lain pertama kali menyertai perlumbaan duathlon, namun mereka tetap bersemangat untuk menghabiskan acara tersebut.

Dalam pada itu, Wira Sudepja berkata, beliau bersama Nur Wadihan akan menyertai kategori duathlon yang lebih mencabar esok iaitu Sprint Prime II dengan jarak 5 km larian, 30 km berbasikal dan 5 km larian.

Beliau menambah, antara persediaan dilakukan bagi menyertai acara itu yang dijangka mengambil masa tiga hingga empat jam untuk tamat ialah memberikan keutamaan kepada alat kelengkapan dan keselesaan Nur Wadihan.

“Saya perlu mememastikan Nur Wadihan sentiasa selesa sepanjang larian dan kayuhan dengan memasang empat buah kipas yang dijana dengan bateri.

“Selain itu, persedian dilakukan dengan berlatih setiap minggu dan memastikan kelengkapan khas Nur Wadihan dibawa supaya dia sentiasa sihat ketika perlumbaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini