KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan masih mengkaji mekanisme terbaik berhubung pembiayaan parti-parti politik di negara ini. Katanya, kerajaan ingin memastikan tidak berlaku kegiatan rasuah dalam pengurusan parti kerana rasuah terbesar berlaku adalah dalam kalangan parti politik. Menurut beliau, beberapa cadangan sedang diperhalusi termasuk pendekatan di Jerman yang menyediakan peruntukan khas kepada parti politik di negara itu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










