KUALA LUMPUR 23 Okt. – Orang ramai masih tertanya-tanya dan tidak mendapat maklumat terperinci mengenai tawaran baharu harga jalur lebar talian tetap daripada penyedia perkhidmatan. Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Mohamad Yusrizal Yusof berkata, pihaknya menerima pertanyaan dan rungutan daripada orang ramai di media sosial CFM berhubung perkara berkenaan. MOHAMAD YUSRIZAL YUSOF Menurut beliau, CFM menyokong inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan dan kerjasama yang diberikan oleh penyedia…










