MELAKA – Lokasi penganjuran ekspo makanan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini yang tular pada Sabtu lalu kerana menjual makanan berasaskan babi disertu semalam.
Proses menyertu bermula pada pukul 9 pagi itu dilaksanakan oleh empat pekerja syarikat swasta dilantik oleh MITC dengan dipantau oleh pegawai daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Ia melibatkan kawasan seluas hampir 30 meter persegi dan mengambil masa kira-kira satu jam dengan cara meratakan air berserta tanah sebanyak tujuh kali basuhan.
Sertu dilakukan bagi menyucikan kawasan atau anggota badan yang terkena najis mughallazah (anjing atau babi) dengan cara meratakannya dengan air tanah sekali dan air mutlak enam kali.
Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIM, Mohd. Arif Rahimi Md. Sakih berkata, hanya ruang yang menempatkan tiga gerai jualan makanan tidak halal yang dikenal pasti tercemar disertu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










