Jabatan Pendidikan pohon peruntukan negeri - Utusan Malaysia

Jabatan Pendidikan pohon peruntukan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 1 Okt. – Jabatan Pendidikan negeri berharap kerajaan Pas akan membantu mempertahankan kecemerlangan pendidikan negeri ini dengan terus menyalurkan peruntukan bagi menjayakan pelbagai program sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini.

Shafruddin Ali Hussin
SHAFRUDDIN

Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin berkata, perkara ini secara keseluruhannya melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun dalam menjayakan beberapa program teras melalui Program Pembangunan Pendidikan Anjung Ilmu

Katanya, peruntukan itu antara lain akan digunakan untuk membekalkan soalan-soalan peperiksaan kepada semua murid dan pelajar di seluruh negeri ini di samping mengadakan kem dan bengkel pembelajaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika kita tidak mendapat suntikan kewangan daripada kerajaan negeri sudah pasti segala perancangan jabatan melalui program Pendidikan Anjung Ilmu akan mengalami masalah dan tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Persaraan Tahun 2018 Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di Taman Tamadun Islam, di sini hari ini.

Yang turut hadir, bekas Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan, Mohammad Embong.

Beliau menambah, kertas cadangan tersebut telah dihantar kepada kerajaan negeri pada Mei lalu.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan majlis berkenaan, Shafruddin berkata, majlis tersebut diadakan sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang kerjaya mereka.

Seramai 657 guru terdiri daripada 551 guru dan 106 kumpulan pelaksana diraikan dalam majlis yang turut diserikan dengan persembahan kalangan pelajar daripada 12 buah sekolah menengah dan rendah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini