SAUDARA PENGARANG, PELBAGAI pihak begitu berani tanpa berhemah terus mempertikaikan kenyataan Datuk Dr. Mujahid Yusof tanpa usul periksa. Sehubungan itu, mereka dengan lantang mendesaknya supaya meletakkan jawatan. Selepas kecoh dan panas dengan isu kerajaan tidak lagi melaksanakan serbuan khalwat, Mujahid tampil menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan. Katanya, seperti yang dipetik laporan TV Al-Hijrah, beliau menganggap kenyataannya dimanipulasi akhbar. Jelasnya, beliau hanya menyebut tentang salah guna kuasa penguatkuasaan di ruang awam…










