JOHANNESBURG 4 Okt. – Sekumpulan doktor di sini mencipta sejarah apabila berjaya memindahkan sebahagian hati daripada seorang wanita yang merupakan penghidap HIV kepada anaknya yang tidak dijangkiti penyakit tersebut. Kumpulan doktor di Universiti Witwatersrand mendedahkan bahawa setahun selepas pembedahan tersebut, kanak-kanak itu disahkan tidak dijangkiti virus maut berkenaan. Pakar perubatan juga menyatakan bahawa kanak-kanak tersebut berkemungkinan meninggal dunia jika tidak menjalani pembedahan tersebut dan mendakwa ubat-ubatan yang diberi kepadanya menyebabkan…










