Ibu Afdlin Shauki meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu Afdlin Shauki meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ibu kepada pelakon dan penerbit Afdlin Shauki, Fadzilah Jelani telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.56 petang tadi di Institut Jantung Negara.

Berita tersebut disahkan oleh Afdlin sendiri menerusi kapsyen yang ditulis di Instagram sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ibu tersayang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

“Sama-sama kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dengan golongan orang yang beriman,” katanya.

Sementara itu, pengurus Afdlin, Marcella ketika dihubungi berkata, Allahyarham dimasukkan ke IJN pada 7 Oktober lalu bagi menjalani pembedahan pintasan jantung.

“Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 7 Oktober dan pembedahan dilakukan dua hari kemudian.

“Pembedahan tersebut dibuat bagi memperbetulkan saluran jantungnya yang tersumbat,” ujarnya.

Fadzillah meninggal dunia pada usia 70 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN