KUALA LUMPUR 12 Okt. – Pemain golf Amerika Syarikat (AS), Joel Dahmen memuji lapangan TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara yang sama sekali tidak terjejas meskipun hujan turun di bandar raya ini selama dua hari termasuk di sebelah malam. Aksi hari kedua CIMB Classic yang berlangsung di venue tersebut menyaksikan pemain berusia 30 tahun dari Washington itu mencatat 68 pukulan, empat di bawah par untuk mengumpul 134 pukulan, 10 di bawah…










