Pada April lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pernah memuji dan berterima kasih kepada Presiden China, Xi Jinping kerana membantu membawa Korea Utara dan Korea Selatan ke meja rundingan untuk mengakhiri perang Korea dan melucutkan senjata nuklear di Semenanjung Korea. “Tolong jangan lupa pertolongan besar yang diberi oleh sahabat baik saya, Presiden Xi dari China kepada AS terutama dalam isu Korea Utara. Tanpa beliau, proses itu akan menjadi lebih…










