SAUDARA PENGARANG, BUKAN untuk menafikan kelemahan UMNO, sebaliknya setiap kritikan yang ikhlas perlulah disandarkan kepada fakta dan bukti jelas. Bertebaran hujah di media daripada pemimpin, pemerhati dan penganalisis politik tanah air menisbahkan kekalahan UMNO pada PRU-14 lalu dengan sikap sombong parti itu dan kegagalannya memahami kehendak rakyat. Sikap sombong bagaimanakah yang dimaksudkan mereka? Parti atau individu (pemimpin)? Apakah yang dimaksudkan sebagai sombong itu? Apakah sikap sombong seorang dua individu itu…










