LEICESTER 28 Okt. – Sebuah helikopter yang dimiliki pemilik kelab Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha dilaporkan terhempas di kawasan tempat letak kereta pasukan bola sepak itu, selepas berakhirnya perlawanan Liga Perdana, semalam. Bagaimanapun, masih tidak diketahui sama ada bapa kepada empat cahaya mata dan pengasas syarikat bebas cukai, King Power International menaiki helikopter itu, ketika ia hilang kawalan, kira-kira satu jam selepas perlawanan berakhir. Menurut saksi, helikopter itu baru berlepas dari bahagian atas stadium sebelum ia mula berpusing, lalu jatuh ke tanah dan meletup. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya