Hasilkan mural 3D daripada penutup botol minuman - Utusan Malaysia

Hasilkan mural 3D daripada penutup botol minuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 2 Okt. – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) memandang serius isu pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada bahan plastik termasuk penutup botol minuman.

Menyedari hakikat itu, mereka terpanggil untuk menghasilkan mural 3D menggunakan penutup botol minuman yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta melibatkan 595 sukarelawan.

Sebanyak empat mural 3D yang memaparkan lokasi menarik di Seberang Perai dihasilkan selama tiga hari bermula 21 September lalu menggunakan 113,190 penutup botol pelbagai warna.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semua penutup botol itu mula dikutip sejak 25 Julai lalu hasil sumbangan kakitangan MPSP sendiri selain komuniti setempat, kilang, pengusaha pusat kitar semula dan sekolah.

Penghasilan mural itu disem­purnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di lobi MPSP di sini semalam yang turut dihadiri Yang Dipertua MPSP, Datuk Rozali Mohamud.

Dalam ucapannya, Rozali berkata, penghasilan mural 3D itu dilihat amat kreatif dan memberi impak visual kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke Menara MPSP.

“Kerja-kerja penghasilan mural ini berjalan selama tiga hari di bawah bimbingan Pensyarah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif UPSI Prof. Dr. Fauzi Sedon bersama lapan tenaga pengajar UPSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini