PERSIAPAN hampir dua tahun pasukan Rumah Solar Mizan (MizanHome) yang diterajui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk pertandingan Solar Decathlon Middle East (SDME) 2018 kini memasuki fasa akhir. Selaku wakil tunggal negara ke pertandingan berprestij ini, kejayaan menyiapkan rumah solar MizanHome dalam skala sebenar ini adalah petunjuk bahawa pasukan ini telah bersedia untuk mempertaruh MizanHome di SDME 2018…









